Pertemuan aku n dia bermula kat kedai makan….aku selalu kutuk dia bila nampak dia.. aku slalu cakap muka dia macam PLAYBOY.. agak kejam la plak..dah la tak kenal tapi kutuk lebih-lebih pulak…
aku kenal dia pun sebab tau dia satu kelas ngan aku.. tu pun member aku bagitau..kalau tak sampai sudah aku tak kenal la dia… tapi aku tak pernah pun tau dia WUJUD dalam kelas tu…
nampak sangat la dia tak la GLAMOUR mana.. tapi mungkin dia keluar dari sekolah tu sebab masuk poli lah yang buat aku tak sempat nak kenal kot… tapi bagus jugak la..kalau aku kenal dia dalam kelas tah-tah dia BUDAK BUAS.. sah-sah gaduh ja ngan dia n tak da maknanya nak felling melling ngan dia…
Hari raya, dia mai rumah aku ngan member dia tapi bukan dia yang nak mai sangat pun..member dia yang ajak dia.. tapi tak tau jugak, kot dia pun BERIA nak mai....mana tau..tapi nak buat macam mana bila mata aku dok tengok ja dia..dia sah-sah tak sedar… tak PEKA langung dia tu..bukan aku nak pun..tertengok sendiri.. tapi macam biasa lah tak kenal sangat pun aku sembang ja la macam kenal 2 3 tahun… tu biasa… tapi time tu rasa hati macam berbunbga-bunga la jugak...
tiba masa untuk panggil kenduri kawin kak aku.. aku ada jemput member dia n mintak nombor dia dekat member dia..tapi member dia kata tak pa la nanti dia tolong panggil…kecewa gila… tapi nak mintak jugak nanti dia kata apa pulak… rasa sedih jugak sebab tak da nombor dia…biasa la time tu tak kan nak galak-galak mintak.... kalau dia mai boleh la jugak nak USHA-USHA.. tapi nak buat macam mana..pasrah ja lah… tapi perkara yang bukan tak diingini tapi AMAT diingini berlaku….bak kata pepatah “tak lari gunung dikejar”.. time kenduri tetiba dia muncul dengan member dia.. aku la orang yang paling HAPPY GILA BABIESS mengalahkan kak aku yang menggedik tangkap gambar kahwin tu… aku pun cakap dekat dia” sori la tak tau nk panggil macam mana tak da nombor” ..dia kata “ tak panggil pun tak pa kat rumah dia dapat jugak kad kenduri”..time tu aku rasa BENGONG pun ada…sah-sah la dia dapat kad kenduri..rumah dia dekat ja ngan rumah aku… sedar atau tak aku ada la tangkap gambar dia..tu pun curi-curi la…
dia memang la tak tau sebab dia LEMBAP sikit.. walaupun gambar dia tu tak senonoh sebab dia tengok ke lain tapi aku rasa macam comel jugak… 2 la nama dia GILA MEROYAN… time tengah makan-makan aku layan la dia dengan member dia tu…tetiba ada pulak idea dalam PALA HOTAK aku ni… aku tanya la dia ada banyak lagu tak dalam hp… padahal aku lebih kenal member dia dari dia..tapi tak pulak tanya member dia tu.. tu la nama dia PERANCANGAN STRATEGIK.. dia bagi hp dia suruh tengok…mau tak nak pengsan aku dibuatnya… time tu da menbuak-buak rasa bahagia… aku dapat rasa yang dia macam tak ada awek ja pun..kalau ada tak kan nak bagi kan.. agaknya lah…aku dengan jahatnya bukan cari lagu tapi tengok mesej dia… bukan apa Cuma nak tau dia ada aweks tak lagi..tu ja pun.. tak kan la jahat ..haha.. untuk kepastian ja semua tu…. Tapi ada gak mesej pompuan..aku pun tanya la awek ka ni.. rasa macam TERSENTAK sat… macam nsk luruh jantung.. tapi dia kata tak dak lah..kawan ada la..tak da awek-awek… aku pun ok balik la… lagipun mesej biasa-biasa ja..tak da la apa-apa pun yang mencurigakan pun.. cewah.huhu… Aku pun cakap nak ambik macam mana lagu, banyak lagi tak.. x kan nak Bluetooth.. Dia pun cakap dalam pendrive banyak la dekat rumah dia.. aku pun mintak la nombor telifon dia.. bukan apa.. senang nanti nak mintak lagu.. alasan tak boleh blah……. Tapi tak kisah la….yang penting dapat nombor.. tapi yang peliknya bila da ada nombor tak pulak aku nak call atau mesej dia..bengong betol la…
tapi aku rajin jugak tengok gambar dia yagn aku tangkap curi-curi tu. termenung jugak selalu...pikirkan apa pun entah la... Aku biar ja sampai la terserempak pulak dia di kedai makan… yang paling bodohnya aku da tak da no dia..mula la nak TENSION… time ada tak gatai bila da tak da baru terhegeh-hegeh..mungkin FIUS da longgar kot dalam kepala aku ni… time tu lepak ramai-ramai tapi dia di meja lain… aku tengok ja dia…. Tapi apa boleh buat… pastu aku balik ja la…dia still kat situ…
tetiba hp aku ada missed call.. aku rasa macam dia ja buat missed call. Aku pun men hentam ja macam ya-ya ya dia… aku mesej dia “da magrib ni tak reti balik lagi ka?”…. tetiba dia balas “tau ka sapa ni?”… aku mula gelabah la..tah-tah aku salah orang..malu gila…. Aku pun dengan slumber balas “tau la ingat tak tau ka”… dia kata “main layan ja no??” aku bukan main lagi..dalam hati asyik kata mati la aku… aku takot sangat kalau dia anggap aku jenis yang suka layan ja walaupun tak kenal… dia tak tau yang aku yakin yang nombor tu nombor dia..kalau aku tak yakin sah aku biar ja ..tak da masa aku nak layan nombor tak kenal… Dalam masa yang sama aku buang rasa malu aku..aku call suruh member aku tanya jugak-jugak pakwe dia yang merangkap member aku no mamat tu.. bila da pasti betol no dia aku ngan confiden balas “pasai kenai la yang layan ni”…. Dia boleh agak la pulak.. tension betoi aku dengan mamat ni…. dia cakap “mesti tanya sapa-sapa nombor dia”.. gila nak ngaku.. aku nafi kaw-kaw la..haha… lepas pada tu lah aku mula balik tanya dia pasal lagu…nak buat macam mana..mana la aku ada idea lain lagi… tu ja yang ada…tapi sekurang-kurangnya boleh la pakai dari tak da idea langsung..hihi…. aku kata boleh tak hantar pendrive tu malam ni..dia tak berani mai umah...ya la gila hapa mai rumah pompuan malam-malam.. tapi aku kata tak pa la mai ja la…. Lagi pun nak bagi barang ja..bukan buat apa pun….
Dia dengan buat beraninya mai la umah aku… bila dia sampai aku pun turun la dengan cover ayu la kononnya.. gila tak cover….ingat senang ka nak dapat LAGU … esok tu dia mai ambik balik pendrive dia sebab dia da nak balik poli… tapi yang bestnya boleh sembang-sembang kat bawah pondok di rumah aku… memang best la boleh lepak lagi sama-sama… bila dia da balik poli… rasa sedih sangat..nasib la dia layan gak aku mesej… dia KESIAN kot..haha… tapi mesej pun tak da la unsur-unsur bercinta….. malu la aku nak mula sebenarnya…. Tapi bila da lama aku rasa tak salah kot kalau aku tanya dia…. Sebab tunggu dia macam lambat ja BERTINDAK.. macam aku kata la LEMBAP.. Aku pun buat-buat berani jalah… aku tanya “ tak rasa apa-apa ka dengan aku”.. dia jawab memang rasa ...... n
selepas tu bermulalah cerita baru di dalam hidup.. walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam hubungan ini namun kita masih lagi kuat berhadapan dengan segala cubaan... walaupun jalan cerita hidup ini masih panjang lagi, semoga hubungan kita akan berkekalan sehingga ke ....... AMIN
HAPPY N TOGETHER 4EVER..
LOVE YOU SO MUCH
-THE END-








